sahabat…
kau selalu bermain denganku di waktu kecilku,
sering ku teringat kau sering buatku terkedu,
sebentar kau mengalah, kemudian aku,
akhirnya kau dan aku mengadu pada ibu,
namun bila hari berlalu kau dan aku kembali bersatu.
sahabat..
kau kini bukan sepeti dulu yang kukenal,
bila kutegur kau menoleh dengan nakal,
aku tahu kau tak bermaksud untuk menyangkal,
tapi sedarkahkau diri ini mudah rasa tertinggal,
akibat rindukan kasihmu yang kekal..
sahabat..
kutahu diri ini tidak sehebatmu dalam berkata,
namun aku hanya mahu berkongsi isi hati dan mata,
mahu kau dan aku sama mengecapi erti suatu kata,
buat kita berdua dari rasul tercinta
katanya kita umpama badan satu anggota,
sahabat..
aku tidak sanggup lagi melihatmu bersedih,
apatah lagi menangisi luka hati yang merintih,
ayuh sama kita bangkit semula bertatih,
melalui ujian hidup yang perlu sedia dilatih,
agar lebih tabah dan bertambah gigih,
kembali mengenal akidah yang suci lagi putih.
oleh: omar mokhtar