Amanah. Semua orang tahu apa itu amanah bukan. Tetapi, berapa ramai yang betul-betul dapat terapkan nilai tersebut dalam peribadi dirinya. Inilah persoalan besar dalam diri umat Islam hari ini. Amanah yang sebenar hanya akan terbit daripada takwa seseorang kepada Allah S.W.T. Amanah bukanlah sesuatu yang boleh diolok-olokkan dan merupakan salah satu dari cabang akhlak yang timbul tanpa perlu berfikir atau dibuat-buat.
Amanah tidak boleh dibuat-buat?
Ya. Amanah adalah antara sifat yang ketara ada pada diri Rasulullah S.A.W. semenjak zaman jahiliyah lagi. Oleh sebab itulah Rasulullah S.A.W. merupakan seorang yang menjadi contoh teladan walaupun belum dilantik menjadi rasul sehingga dipercayai hatta oleh bangsawan Quraisy yang kuat menentangnya. Maka sekali lagi, apakah hubungannya dengan kehidupan kita pada hari ini?
Inilah perkara yang ingin dibincangkan supaya umat Islam betul-betul faham akan nilai amanah serta kepentingan untuk menjaganya dari sebarang parasit korupsi. Amanah akan terjelma apabila seseorang itu melakukan sesuatu kerja tanpa mengharapkan habuan sama ada dari sudut glamour, pangkat, harta, sokongan dan sebagainya. Habuan ini tidak lain tidak bukan didorong oleh hawa nafsu dan hanya akan berhenti menghasut sesudah maut datang untuk menjemput seseorang.
Amanah adalah sifat yang dikagumi oleh seluruh manusia sama ada yang baik atau jahat yang Islam atau yang kufur. Cuma golongan-golongan ini bisa mentafsirkannya menurut pandangan masing-masing. Jom sama-sama lihat bagaimana akidah dan pandangan, mampu memandu sesorang kearah mencorakkan sifat amanahnya.
Golongan Pertama – Golongan Baik
Golongan ini terdiri dari orang Islam dan bukan Islam. Orang Islam yang baik ini biasanya memang sudah terdorong untuk berada dalam linkungan amanah yang sebenar kerana sifatnya yang baik mendorong dia untuk terus menghargai sifat tersebut dan merealisasikan dalam hidupnya sehingga wujudlah professionalism dalam segala aspek tindakannya. Golongan ini masih sedikit bilangannya. Namun tak dinafikan orang-orang kafir juga ada mempunyai sifat yang serupa, cuma mereka ada batasnya. Mereka akan mula meninggalkan sifat ini apabila, popularity, pangkat, harta, anak-bini mereka terancam.
Golongan kedua – Golongan Jahat.
Golongan ini juga amat menghargai sifat ini kerana golongan ini mahu mempunyai pengaruh yang ramai untuk merealisasikan apa yang menjadi cita-cita mereka yang kebiasaannya juga berlegar disekitar perkara duniawi sahaja. Maka wujudlah pengganas sebenar yang mampu menggelarkan orang lain sebagai pengganas walhal mereka sendirilah pengganas kerana kecekapan mereka dan amanah mereka dari satu sudut dan tidak pada sudut lainnya. Sudut yang mereka abaikan adalah amanah mereka kepada pencipta meraka yakni Rabbul Alamin, Allah S.W.T. Tapi apa yang mendukacitakan masih terdapat orang yang mengaku dirinya Islam bersekongkol dengan puak-puak ini. Nauzubillahiminzalik. Moga kita semua dijauhkan daripadanya.
Tetapi ada lagi satu golongan yang mungkin tidak disebutkan disini iaitu golongan yang tidak kenal apa itu amanah dan langsung tidak tahu untuk beramal dengannya. Orang ini mungkin adalah orang yang rugi duniawi dan ukhrawi. Seandainya orang Islam yang bersifat demikian maka kemunduran akan menjadi darah dagingnya sama ada dari sudut dunianya mahupun akhiratnya. Sesungguhnya orang-orang munafik juga tergolong dalam golongan ini yakni bila diberi amanah mereka mendustakannya. mereka dihinakan didunia dan akan diazab diakhirat dengan azab yang pedih. Mereka dihina didunia kerana kemunduran mereka dan mereka adalah orang yang paling sukar dipercayai.
Kesimpulannya amanah membentuk jiwa yang kental berusaha tanpa lelah jemu dan menolak segalanya yang bersangkut-paut dengan kemunduran yang langsung tidak ada dalam kamus orang yang berjiwa Islam. wAllahua’alm.
Penulis bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang amanah tapi penulis berusaha sedaya upaya untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan supaya tertegaknya nilai Islam dalam diri ini. Moga yang baik dapat kita sama-sama amalkan dan sampaikan. Ini adalah hanya pemikiran terbuka dan sesiapa bebas untuk membantahnya dengan hujah-hujah yang kukuh. Wassalam
Cuma satu, ingin diingatkan akhlak boleh dibentuk melalui tarbiyah dan latihan yang berterusan. wallahua’lam.

